WAKTU
"Masa itu umpama pedang
yang terhunus"
Kalendar Malaysia
PAUTAN
Maklumat Asas Sekolah
PKG Beluran

 

Anda pelawat yang ke:

hit counters


EN ABAS BIN HJ SAIDIN
GURU BESAR SK MONOPOD,
BELURAN

BERITA DARI MONOPOD

Jejak Ilmu ke SK Moynod

Satu lawatan sambil belajar akan diadakan pada 08.05.2012 ke SK Moynod. Lawatan ini akan disertai oleh 9 orang murid tahun 6 dan 6 orang guru SK Monopod. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk bertukar-tukar pandangan dan kemahiran dalam menghadapi kertas soalan U.P.S.R.

Rawatan Pergigian Klinik Pergigian Bergerak Beluran

Perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan pergigian telah diadakan pada 02.05.2012 hingga 04.05.2012. Program ini telah dilaksanakan oleh 4 orang kakitangan dari klinik pergigian bergerak daerah Beluran.

Minggu Bahasa Inggeris

Program ini dilaksanakan selama seminggu bagi menyokong perlaksanaan Memartabatkan Bahasa Inggeris (MBI). Melalui program ini, murid-murid akan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sepanjang minggu tersebut. Program ini juga secara tidak langsung menjadi landasan kepada misi menjadikan SK Monopod sebagai sekolah KLUSTER.

Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Rekacipta Pondok 1 Malaysia. Disempurnakan oleh YB Datuk Hj.Surady Bin Kayong. ADUN N 39 Sugut.

Majlis ini akan diadakan pada 11.04.2012 bertempat di Dataran Sri Ayangan SK Monopod Beluran. Ketibaan YB Datuk Hj.Surady Bin Kayong dijangka pada jam 10:00 pagi.

Jejak Ilmu ke SK Holy Cross

Satu lawatan sambil belajar akan diadakan pada 30.03.2012. Lawatan ini akan disertai oleh wakil murid SK Monopod, wakil PIBG dan wakil guru SK Monopod. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk bertukar-tukar pandangan mengenai Sekolah Rakan Alam Sekitar SERASI

Pertandingan Catur Peringkat Negeri

Adik Victor Jackson dan adik Bobby Imran telah berjaya mewakili bahagian Sandakan ke pertandingan catur peringkat Negeri di Kota Marudu pada 16.04.2012 hingga 19.04.2012. Warga sekolah sentiasa mendoakan kejayaan anda...

Pelancaran Program Cemerlang UPSR 2012

Pelancaran Program Cemerlang UPSR 2012 ini akan dilaksanakan pada 19.03.2012. Program ini bertujuan memberi latihan intensif kepada murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR. Diharap program ini akan dapat menjadi sandaran bagi mengekalkan pencapaian 100% UPSR.

Pertandingan Bijak Sifir dan Penutupan Adik Sifir

Program ini bertujuan memahirkan murid-murid tahun 6 dalam penguasan sifir 1 hingga sifir 12. Program ini akan diadakan pada 03.03.2012 bertempat di Dataran Sri Ayangan.

Pelancaran Adik Sifir

Program ini di laksanakan selama sebulan. Dalam program ini, murid-murid tahun 6 akan diberikan adik angkat untuk di didik menghafal sifir. Program ini bermula pada 31.01.2012 dan berakhir pada 03.03.2012

PETI SURAT INTERAKTIF   CHAT BOX
 
Hubungi melalui email kami
PENAFIAN:
Sk Monopod tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan
oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
© 2009 skmonopod.ppdbeluran.net